PRINSIP REKA BENTUK VISUAL
- Nadia Yeahupp
- Oct 14, 2016
- 1 min read

1. Simplisiti
Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas.
Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa.
2. Dominan
Dominan boleh disama ertikan dengan pusat penumpuan atau minat.
Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama (key elements) mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya oleh penonton/pembaca dengan mudah.
3. Pola
Pola atau corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.
Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat: menarik penglihatan mata ke arah item yang utama, menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul dan mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sehingga sampai kepada titik akhir
4. Seimbang
Dalam rekaan sesuatu visual, ia juga perlu seimbang, jika tidak ia juga akan turut tumbang, iaitu rekaannya nampak janggal dan tidak menarik.
Elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk, tidak kira sama ada antara bahagian kiri dengan kanan ataupun atas dengan bawah. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang
5. Variasi
Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak.
Kita perlu pelbagaikan elemen-elemen yang digunakan supaya ia dapat memberi kesegaran dan menimbulkan minat.
6. Harmoni
Suasana harmoni memang mententeramkan hati dan perasaan
Kesemua elemen perlu menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran. Ini membolehkan mata dan fikiran penonton/pembaca mengikuti perkembangan keseluruhan visual