top of page
Search

PRINSIP REKA BENTUK VISUAL

  • Writer: Nadia Yeahupp
    Nadia Yeahupp
  • Oct 14, 2016
  • 1 min read

1. Simplisiti

  • Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas.

  • Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa.

2. Dominan

  • Dominan boleh disama ertikan dengan pusat penumpuan atau minat.

  • Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama (key elements) mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya oleh penonton/pembaca dengan mudah.

3. Pola

  • Pola atau corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.

  • Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat: menarik penglihatan mata ke arah item yang utama, menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul dan mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sehingga sampai kepada titik akhir

4. Seimbang

  • Dalam rekaan sesuatu visual, ia juga perlu seimbang, jika tidak ia juga akan turut tumbang, iaitu rekaannya nampak janggal dan tidak menarik.

  • Elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk, tidak kira sama ada antara bahagian kiri dengan kanan ataupun atas dengan bawah. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang

5. Variasi

  • Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak.

  • Kita perlu pelbagaikan elemen-elemen yang digunakan supaya ia dapat memberi kesegaran dan menimbulkan minat.

6. Harmoni

  • Suasana harmoni memang mententeramkan hati dan perasaan

  • Kesemua elemen perlu menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran. Ini membolehkan mata dan fikiran penonton/pembaca mengikuti perkembangan keseluruhan visual


 
 
 
  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Instagram Icon
FOLLOW ME
SEARCH BY TAGS
FEATURED POSTS
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
INSTAGRAM
ARCHIVE
Cold Water - Justin Bieber Piano
00:00 / 00:00
bottom of page