ELEMEN REKA BENTUK VISUAL
- Nadia Yeahupp
- Oct 14, 2016
- 1 min read

Ruang
Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual
Ruang perlu digunakan dengan saksama supaya reka bentuk menarik dipandang
Garisan
Garisan adalah satu elemen yang paling ringkas dan amat mustahak
Tanpa garisan tidak akan wujud gambaran objek, manusia, suasana dan lain-lain lagi
Ia boleh didapati dalam bentuk dua dimensi dan tiga dimensi
Permukaan
Permukaan yang kasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya
Garis, warna dan tekstur yang berbeza memberi kesan yang tertentu ke atas permukaan
Bentuk Dua Dimensi
Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar
Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi iaitu bentuk geometri, bentuk abstrak dan bentuk gambaran
Bentuk Tiga Dimensi
Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi
Bentuk ini boleh didapati dalam dua kategori, iaitu bentuk tiga dimensi sebenar dan bentuk tiga dimensi tiruan.